Assalamu'alaikum,
Ramai orang merebutkan pusaka. Apatah lagi jika nilainya berjuta. kerana pusaka, ada adik menetak abang, abang memarangi adik, tipu-menipu sesama beradik, sampai putus ikatan saudara.
Ada pula kisah si ayah yang beranak angkat, menghadiahkan sekeping tanah kepada anak angkatnya itu. Tapi geran tak ditukar nama lantaran rasa saling percaya. Bila si ayah meninggal, tanah tadi dihitung sebagai pusaka walau telah diketahui ia hadiah buat si anak angkat. Dek kerana telah memakan budi keluarga angkatnya, sia anak angkat redha tanahnya di diambil. Biarlah tidak mendapat tanah, asal dapat menjaga silaturahim. Namun, yang berkeras mahu mengambil tanah itu. Balasan telah menanti. Tanah itulah yang menjadi pusaka rebutan keturunannya sampai berpecah-belah. Kenapa berpecah-belah, kerana tanah pusaka yang satu itulah. Yang lain tidak. Tamat.
Kenapa direbut pusaka yang tidak boleh dibawa mati. Apalah guna tanah seluas mata memandang, akhirnya di tanah wakaf juga kita dikebumikan. Kenapa tidak direbut pusaka yang boleh dikongsi. Harta yang satu, tapi semua boleh dapat yang tidak kurang. Bahkan boleh bertambah jua. Itulah ilmu.
Dan saya mengumpul pusaka ilmu tinggalan Prof. Hamka. Walau tidak mendapat semua, sedikit pun jadilah. Buat bekal untuk hidup di dunia dan di alam sana. TAMAT.
Senarai karya Prof. HAMKA yang telah diperolehi beserta tarikh dibeli.
1) Tasauf Moden (24/04/07)
2) Ayahku (02/09/07)
3) Falsafah Hidup (16/03/08)
4) 1001 Soal-Soal Hidup (16/03/08)
5) Bohong Di Dunia (16/03/08)
6) Lembaga Hidup (17/10/08)
7) Falsafah Ketuhanan (13/12/08)
8) Lembaga Hikmat (01/01/09)
9) Angkatan Baru (01/01/09)
Selain pusaka tinggalan Prof. Hamka pusaka ilmuan yang lain juga ingin saya dapatkan. Bukan sekadar untuk disimpan di rak buku yang semakin usang. Tetapi ingin dipakai jadi panduan hidup.