Lebih kurang lagi seminggu kita akan melangkah masuk ke bulan yang penuh berkah. Bulan yang menjadi punghulu bagi segala bulan, yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang diwajibkan bagi yang mukallaf untuk berpuasa pada siang harinya. Itulah bulan Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.....
*********************
Roshizan mengajak aku berpuasa sunat, tapi aku malas. Dengan terus terang, aku memberitahu yang aku tidak manu berpuasa sunat. Roshizan mengatakan tidak mengapa, dan dia tetap akan berpuasa sunat walaupun berseorangan.
Roshizan dan aku, bukanlah dari kelas yang sama. Aku 5 PKA, manakala Roshizan pula 5PKE. Waktu di kelas memanglah tidak berjumpa.
1:50 petang. Kelaspun tamat. Dengan menusuri tepi padang sekolah, aku dan Hazhman berjalan meuju ke dewan makan. Sesampainya di dewan makan, kami membuka kasut sekolah. Sementara itu kelihatan Roshizan keluar dari dewan makan untuk membasuh tangan lalu aku menegurnya.
"Tak jadi puasa ke hari ni?", tegurku.
"Ya, Allah... aku terlupa... ", balas Roshizan.
"abis tu tak puasa la?", soalku lagi.
"Eh! Puasa la. Bukan makan sengaja. Lupa. rezeki...." jawabnya.
"Macam tu pun boleh!!!", sambungku.Roshizan dan aku, bukanlah dari kelas yang sama. Aku 5 PKA, manakala Roshizan pula 5PKE. Waktu di kelas memanglah tidak berjumpa.
1:50 petang. Kelaspun tamat. Dengan menusuri tepi padang sekolah, aku dan Hazhman berjalan meuju ke dewan makan. Sesampainya di dewan makan, kami membuka kasut sekolah. Sementara itu kelihatan Roshizan keluar dari dewan makan untuk membasuh tangan lalu aku menegurnya.
"Tak jadi puasa ke hari ni?", tegurku.
"Ya, Allah... aku terlupa... ", balas Roshizan.
"abis tu tak puasa la?", soalku lagi.
"Eh! Puasa la. Bukan makan sengaja. Lupa. rezeki...." jawabnya.
Lalu, Roshizanpun meneruskanlah puasanya.......
*******************
Hari itu aku berpuasa sunat. Niatnya telahpun dipasang sejak malam harinya. Selepas subuhpun masih lagi berpuasa dengan amannya sehinggalah sampai ke sekolah.........
Kamil, dengan hati yang tulus ikhlas memberi kepadaku dan beberapa rakan yang lain gula-gula hacks. Tanpa sebarang rasa prejudis, aku pun mengambilnya. Sambil menunggu cikgu Mishak di luar makmal fizik, aku membuka pembalut gula-gula tesebut dengan berhati-hati. Tampa sebarang keraguan, aku memasukkannya ke dalam mulutku. Tiba-tiba......
Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ada apa dengan gula-gula tersebut? kenapa aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena selepas aku memasukkan gula-gula tersebut ke dalam mulutku? Aku berundur ke hujung koridor untuk memikirkan tentang kerauanku terhadap gula-gula hacks tersebut....
Astaghfirullah..... hari ini aku berpuasa....
Secara sepontan terus aku meluahkan gula-gula tersebut yang telahpun mengecil hampir 75% dari saiz asalnya. Terpaksalah aku meludahkan sisa-sisa rasa yang masih ada di mulut.
Berkatalah aku di dalam hati....
Rezeki aku tak sehebat rezeki Roshizan..........

2 comments:
hehehe...lawak la cerita kamu nih...
biasa la....bab-bab terlupa ni mmg terjadi....
=D
to President: zaman belajar dulu memang best. tapi masa tetap akan terus berlalu. masa lampau kita jadikan pengalaman yang penuh pengajaran.
Betul kata-kata Ustazah masa kat sekolah, zaman belajar la paling senang nak buat ibadat. Bila dah kerja ni, agak susah sikit...
Post a Comment