Saya lulus kertas 1, 2 dan 3 Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.
Saya tidak menjangka saya akan lulus kertas 1 dan 2 kerana saya down masa itu.
Minggu-minggu yang saya hidup sekadar kerana saya masih hidup. Rasa terasing dan tersisih.
Jujur saya tidak yakin telah menjawab dengan baik kerana saya tidak membuat sebarang ulangkaji.
Benar, saya ada memegang buku. Tetapi saya hanya menyelak helaian kertas. Mata saya tidak membaca, hanya memandang dengan minda yang kosong.
Di hotel, saya hanya tidur dan bangun untuk pergi menjawab kertas. Hidup yang sangat pathetic.
Walaupun saya masih belum pulih dari rasa down itu, sekurang-kurangnya saya telah dapat membiasakan diri dengannya. Walaupun dipinggir, tidak apa.
Tidak perlu ambil tahu jika kita tidak diberitahu.
Jika orang mahu kita tahu, mereka akan beritahu. Jika orang mahu kita bersama, mereka akan ajak.
Tidak perlu cuba menelah apa yang orang cakapkan. Tidak perlu masuk campur hal yang kita tidak diperlukan.
People will let you know, if they wanna let you. And if not, it has nothing related to you... So, no need to care...