Apa yang perlu kita lakukan bila berasa kecewa?
Kecewa yang dalam. Kecewa dengan pelbagai hal dan keadaan. Kecewa dengan diri sendiri.
Rasa kecewa yang sangat dalam. Bagai jatuh ke lembah yang paling dalam yang tak mungkin akan mampu didaki semula.
Entah bila rasa kecewa ini akan berakhir. Mungkin sampai waktu yang telah dipersetujui dengan ikrar dan janji.
Namun, aku takut. Andai kekecewaan ini tidak akan berakhir. Kekal dalam kecewa selama-lamanya. Dari jurang kehampaan dunia ke jurang neraka.
Ampunkan aku, Tuhan.
No comments:
Post a Comment