Tuesday, November 6, 2007

DAN AKU

Petang yang membosankan membuatkan aku rasa sesuai untuk aku mulakan posting di laman DAN AKU ini. Tapi aku pun tak tahu nak tulis apa. Sebelum aku merancang nak buat DAN AKU ni, berbagai kenangan silam bermain di dalam fikiran aku. Dari pengalaman zaman kanak-kanak, sampailah zaman dah abis belajar di universiti.

Dalam terkenang-kenang kenangan silam tu, ada pulak yang aku terlupa. Contohnya, siapa dia abang angkat blok B yang 12 orang tu pun ada sorang dua yang aku dah lupa nama dia, sedangkan pada kebiasaannya, aku akan hafal nama betul kawan-kawan aku bersekali dengan bin-nya.

Turutan sesuatu peristiwa yang telah aku lalui pun aku dah tak ingat, sedangkan ada peristiwa yang baru sahaja berlaku. Tambahan pula, sekarang ni, perjalanan masa terasa amat pantas, sedar tak sedar dah habis seminggu, hingga tak perasan hari minggu telah berlalu, dan sekarang telah berada pada minggu yang baru.

Aku teringin hendak berkongsi pengalaman dan jika ada yang boleh dijadikan pedoman hidup dapatlah kiranya pembaca menjadikan ia sebagai panduan. Kalau ada yang tak baik itu, jadikanlah pula sebagai sempadan.

Kita hidup ni tak lama. Jika dibandingkan dengan keidupan di akhirat yang kekal abadi tu, hidup di dunia ni, boleh diabaikan... menghampiri sifar. Tapi, amalan kita di dunia inilah yang akan menjadi penentu ukur, di mana tempatnya kita di sana nanti.

Aku teringat, semasa dalam tingkatan 3. Setiap hari ahad, aku akan pergi ke perpustakaan awam di Tapah. Masa tu, aku tinggal bersama kakak dan abang ipar aku. Di dalam perpustakaan itulah, pelbagai buku yang aku baca. Dari buku tentang kisah-kisah dongeng, sampailah ke buku-buku yang membincangkan tentang agama. Dari situlah aku tahu pandangan Kristian terhadap Nabi Isa, tentang dialog antama Muslim dan ateis, dan pelbagai isu-isu agama yang lain. Tapi, pada masa itu, tidak pula aku jumpa buku-buku yang membincangkan yang membincangkan perselisihan antara kaum muda-kaum tua, salafi-mazhabi dan seumpamanya.

Banyak yang dibaca, tapi tidak pula aku terima bulat-bulat apa yang tertulis di dalam buku-buku tersebut. Tapi, terbuka ugalah minda aku tentang pelbagai pandangan yang ada di dalam dunia ni tentang sesuatu perkara.

Dalam pada menjalani kehidupan, memang kita tak dapat mengelak dari berlakunya perlanggaran pendapat. Hitam kata si polan, tak semestinya hitam kata si pulan.... mungkin salah seorangnya rabun warna. Aku tak pasti, apakah warna hijau yang aku lihat itu, sama warnanya seperti yang dilihat oleh orang lain.
_________________________________________________________

Kata orang,

"saya tak pernah mengalami masalah itu, oleh itu saya tak dapat nak beri komen"..

Jika semua doktor menggunakan kaedah yang sama, habislah pesakit. Doktor pakar jantung, tak semestinya pernah mengalami sakit jantung. Namun, hasil dari pembacaan dan kajian dan pengalaman yang diceduk dari pesakit jantung yang bertemu dengannya, menjadikan dia tahu tentang sakit jantung, dan tanda-tandanya. Begitulah juga pengalaman hidup, tak semestinya kita sendiri yang perlu menempuh sesuatu perkara itu dahulu baru kita boleh menasihati orang lain yang bertanyakan hal tersebut. Namun, jika kita memang tak pasti, tidak salah mengatakan "saya tidak tahu"... dan kemudian, cubalah carilah penyelesaiannya melalui pengalaman orang lain, dan kongsikan bersama....

kerana itulah aku menulis dalam DAN AKU ini...

pengalaman hidup aku mungkin tidak bermakna bagi yang telah kaya dengan pengalaman, namun mungkin boleh dijadikan iktibar bagi orang lain...

"sebatang jarum mungkin tidak bermakna bagi si penggali kubur, namum ia amat berguna bagi si tukang jahit"

"apalah guna sebatang cangkul bagi si tukang jahit, tapi amat berguna bagi si penggali kubur"

begitulah kehidupan......

No comments: