Ada janji yang aku nanti. Janji yang belum ditepati. Janji yang semakin hari merobek hati. Janji yang mungkin saya terbiar sampai waktu mati.
Jangan berjanji andai tidak mahu dipenuhi. Manis mulut boleh sahaja mengguris hati. Jika ada yang menanti dengan penuh harapan yang meninggi.
Alah bisa tegal biasa. Andai tiada yang peduli, tidak apa. Hidup tetap terus sahaja. Bangun pagi pergi kerja. Bila malam tidur sahaja.
Walau hidup sekadar meneruskan hidup. Selagi nafas masih terhirup. Tidak pula mampu menambah apa yang belum cukup.
Janji yang tidak pasti. Menjadi dendam yang memakan diri. Biarkan saja dendam itu aku telan sendiri. Kerana aku tahu, tiada siapa pun yang peduli. Hatta, si membuat janji.
No comments:
Post a Comment