Wednesday, November 28, 2007

Dan Aku Tertipu

Huh!!!
kusangkakan avanza, tapi viva...
aku pun taktau macam mana aku leh tersalah pandang. Sedari masuk Jalan Universiti, sampai la masuk pagar universiti yang lebih kurang 1.5 km tu, aku leh tak perasan bahawa ia adalah viva dan aku asyik bertanya pada diri sendiri macam kenal je avanza saper ni...

Lalu, bila selekoh, aku nampak... pelik...
apahal pendek jer... lalu ku lihat logo perodua...

Monday, November 26, 2007

Hari Jadi Dan Aku


Ini bukanlah kisah hari jadi aku. Tetapi kisah hari jadi kelik aku kat tempat keje.... Parti ini dibuat di ofis aku. AJK yang bertugas adalah lab officer lab officer yang takder keje... hehe.
Suasana bilik aku pada waktu2 biasa.
yang kiri tu meja aku la...
Ofis aku dari pandangan tempat duduk aku.
final touch sambil menanti birthday gurl sampai
(cuba lihat gambar/poster di tingkap tu)
Gambar poster tersebut diambil dari jarak kurang 5 kaki.
anda nampak apa yang tak kena.
Untuk pengetahuan anda, gambar tu di tampal, sekadar menutup pandangan dari luar i.e. cubaan mengaburi mereka yang tak berkenaan agar tidak nampak apa yang kami lakukan di dalam. Lepas parti tamat, poster itu ditanggalkan semula...
antara makanan yang tersedia...
emmmm... yummy...
dekorasi betik (bukan kucing kucai tau) dan tomato mini berinti tuna.


Kek Hari Jadi yang enak. Kek TIRAMISU tu....
rasa tak cukup sepotong jer.. huhu
aktiviti biasa bagi pemudi-pemudi (pompuan la tu..)
lepas makan, amik gambar...
masing2 cover perut yang kekenyangan..
tutup dengan belon..
makanan yang telah diselesaikan dengan jayanya
balance ni untuk orang yang tak dapat datang...
aktiviti terakhir...
biasa la.. kena la basuh segala pinggan dan mangkuk...






Tuesday, November 20, 2007

Geraham Bongsu Dan Aku

Ari ni dah masuk hari ke 4 gusi aku sakit. Mulutpun takleh bukak leluas. Itulah penangan geraham bongsu atau lebih dikenali sebagai wisdom teeth.

Boleh tak, kalo sakit gigi, pegi ke klinik biasa? Jawapannya, boleh ajer. Tapi, dia doktor kat klinik biasa takkan pernah hendak mencabut gigi anda tersebut. Aku, disebabkan kesakitan yang mendemamkan aku, terpaksa pegi klinik. Disebabkan di Kampar ni takder feel nak gi ke klinik gigi, akupun pegi la ke klinik panel UTAR kat Kampar ni. Klinik ZULFLI namanya. Aku tak salah eja nama klinik tu, dah memang nama dia macam tu...

Semasa aku menulis ini, gigi aku masih sakit (betui ka gigi yang sakit, ke gusi??). Dan mulut aku hanya mampu terbuka selebar kurang 3 cm sahaja. Aduhai... susahnya nak makan...

Biasanya, kalau waktu lunch, aku yang habis dulu, tapi kini, dengan slumber jer Cik Ardina mengalahkan aku... huhuhu...

Aku juga kena pastikan, nasi di sudu itu tidak terlalu tinggi sebab nanti tak lepas.

Huh!!! bila la nak gi klinik gigi ni. Aku nak cabut geraham bongsu aku tu.

Kalo sesapa ada petua nak hilangkan sakit geraham bongsu, bagitau la kat aku..

Sunday, November 11, 2007

TUNGGU BAS

Hari Jumaat petang, aku gerak ke S.Alam selepas setel projek aku dengan abang aku. Kalau ikut rancangan awal, aku nak gerak ke S.Alam pada hari Rabu, petang, Tapi, disebabkan abang aku ajak gi tengok barang pada hari Jumaat, terpaksalah aku tangguhkan rancangan untuk ke S.Alam.
Huh!!
Hari Sabtu, sepatutnya aku gi ke Low Yat, nak beli hard disk, tapi jalan jem. Bermula dari lepas tol batu tiga, sampai la ke penang bridge, lebih kurang sejam kitorang terkurung dalam kesesakan lalulintas. Itu semua disebabkan oleh RAPAT UMUM yang dianjurkan oleh BERSIH. Akhirnya, kami terpaksa keluar dari federal highway naik ke penang bridge menuje ke Putra Jaya..... Rumah terbuka kawan MatYus, merangkap rumah terbuka pertama yang aku pergi tahun ini.... huhuhu...
___________________________________________________________________
Kalau ikutkan tajuk posting aku kali ini, apa yang aku tulis di atas, macam tak ada kena mengena pun. Tapi, jika aku tak ke S.Alam, maka tidak berlakulah apa yang aku nak kongsi bersama dalam kisah di bawah ini...
Huh!!!
Semalam, hari Ahad. Aku harus balik ke Kampar, sebab esoknya (hari ini, Isnin) aku kena kerja. Jadi, terpaksalah aku ke Pudu untuk membeli tiket bas dan seterusnya aku akan naik bas dari Pudu juga adanya. Lalu, pada jam 3 petang, aku menuju ke kaunter Konsortium Bas Ekspres, lalu aku kata nak ke Kampar dan aku ditanya nak bas pukul berapa. Dengan nada poyo, aku katakan "yang paling cepat". Lalu, gadis kaunter itu menjawab, "ok, paling cepat pukul 6"... aku terkedu.... apa yang aku nak buat sementara menunggu jam 6. huhu!!! Lalu aku katakan "ok".
Selepas mengambil tiket dan membayarnya, akupun meronda-ronda mencari CC. Bosan rasanya kalau sekadar menunggu. Ingin rasanya aku online sekejap. Jumpalah satu CC di seberang jalan... RM 4.00 sejam......
Pada jam 5.30, aku keluar dan dicas RM 6..... = Satu jam setengah.
lalu, bermulalah satu episaod ngeri dalam hidup aku........ bas tak sampai-sampai.. sampailah pukul 8. Lalu diberitahu, "BAS ROSAK". Terpaksalah menanti bas gantian yang akhirnya sampai bila jam hpku hampir menunjukkan angka 8.30....
Huh!!! lebih 2 jam 30 minit aku berdiri dan kaddang-kaddang mencangkung di bawah platform nombor 5 Pudu Raya itu....
Semalam, memang rasa nak marah dan kata-kata *&^###%&!$%###100% telah tertulis dalam minda aku, cuma belum diluahkan saja lagi. Tapi, lepas bas sampai, dan bergerak, segala kemarahan hilang...
Kononnya aku nak hebahkan ke seluruh dunia betapa teruknya pengurusan pengangkutan awam di sini. Tapi sekarang, bila hati dah sejuk, kemarahan pun dah hilang, bahasa aku di posting ini pun tak berbara sangat....
Lalu, aku keluarkan satu perumpamaan.....
"marah itu laksana angin di tepi pantai, tak terasa bila ditinggalkan"
AKhir kata,
jangan marah-marah.. nanti cepat tua...
kenapa aku nampak macam sebaya dengan bebudak NBD01 yang lain, tak lain dan tak bukan kerana aku tak suka marah-marah...

Tuesday, November 6, 2007

DAN AKU

Petang yang membosankan membuatkan aku rasa sesuai untuk aku mulakan posting di laman DAN AKU ini. Tapi aku pun tak tahu nak tulis apa. Sebelum aku merancang nak buat DAN AKU ni, berbagai kenangan silam bermain di dalam fikiran aku. Dari pengalaman zaman kanak-kanak, sampailah zaman dah abis belajar di universiti.

Dalam terkenang-kenang kenangan silam tu, ada pulak yang aku terlupa. Contohnya, siapa dia abang angkat blok B yang 12 orang tu pun ada sorang dua yang aku dah lupa nama dia, sedangkan pada kebiasaannya, aku akan hafal nama betul kawan-kawan aku bersekali dengan bin-nya.

Turutan sesuatu peristiwa yang telah aku lalui pun aku dah tak ingat, sedangkan ada peristiwa yang baru sahaja berlaku. Tambahan pula, sekarang ni, perjalanan masa terasa amat pantas, sedar tak sedar dah habis seminggu, hingga tak perasan hari minggu telah berlalu, dan sekarang telah berada pada minggu yang baru.

Aku teringin hendak berkongsi pengalaman dan jika ada yang boleh dijadikan pedoman hidup dapatlah kiranya pembaca menjadikan ia sebagai panduan. Kalau ada yang tak baik itu, jadikanlah pula sebagai sempadan.

Kita hidup ni tak lama. Jika dibandingkan dengan keidupan di akhirat yang kekal abadi tu, hidup di dunia ni, boleh diabaikan... menghampiri sifar. Tapi, amalan kita di dunia inilah yang akan menjadi penentu ukur, di mana tempatnya kita di sana nanti.

Aku teringat, semasa dalam tingkatan 3. Setiap hari ahad, aku akan pergi ke perpustakaan awam di Tapah. Masa tu, aku tinggal bersama kakak dan abang ipar aku. Di dalam perpustakaan itulah, pelbagai buku yang aku baca. Dari buku tentang kisah-kisah dongeng, sampailah ke buku-buku yang membincangkan tentang agama. Dari situlah aku tahu pandangan Kristian terhadap Nabi Isa, tentang dialog antama Muslim dan ateis, dan pelbagai isu-isu agama yang lain. Tapi, pada masa itu, tidak pula aku jumpa buku-buku yang membincangkan yang membincangkan perselisihan antara kaum muda-kaum tua, salafi-mazhabi dan seumpamanya.

Banyak yang dibaca, tapi tidak pula aku terima bulat-bulat apa yang tertulis di dalam buku-buku tersebut. Tapi, terbuka ugalah minda aku tentang pelbagai pandangan yang ada di dalam dunia ni tentang sesuatu perkara.

Dalam pada menjalani kehidupan, memang kita tak dapat mengelak dari berlakunya perlanggaran pendapat. Hitam kata si polan, tak semestinya hitam kata si pulan.... mungkin salah seorangnya rabun warna. Aku tak pasti, apakah warna hijau yang aku lihat itu, sama warnanya seperti yang dilihat oleh orang lain.
_________________________________________________________

Kata orang,

"saya tak pernah mengalami masalah itu, oleh itu saya tak dapat nak beri komen"..

Jika semua doktor menggunakan kaedah yang sama, habislah pesakit. Doktor pakar jantung, tak semestinya pernah mengalami sakit jantung. Namun, hasil dari pembacaan dan kajian dan pengalaman yang diceduk dari pesakit jantung yang bertemu dengannya, menjadikan dia tahu tentang sakit jantung, dan tanda-tandanya. Begitulah juga pengalaman hidup, tak semestinya kita sendiri yang perlu menempuh sesuatu perkara itu dahulu baru kita boleh menasihati orang lain yang bertanyakan hal tersebut. Namun, jika kita memang tak pasti, tidak salah mengatakan "saya tidak tahu"... dan kemudian, cubalah carilah penyelesaiannya melalui pengalaman orang lain, dan kongsikan bersama....

kerana itulah aku menulis dalam DAN AKU ini...

pengalaman hidup aku mungkin tidak bermakna bagi yang telah kaya dengan pengalaman, namun mungkin boleh dijadikan iktibar bagi orang lain...

"sebatang jarum mungkin tidak bermakna bagi si penggali kubur, namum ia amat berguna bagi si tukang jahit"

"apalah guna sebatang cangkul bagi si tukang jahit, tapi amat berguna bagi si penggali kubur"

begitulah kehidupan......

Friday, November 2, 2007

UNDER CONSTRUCTION